
Kabel dipotong, perkhidmatan ERL alami gangguan
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) terjejas akibat insiden pemotongan kabel perkhidmatan kereta api yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurut ERL, akibat daripada gangguan itu, perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya dan Cyberjaya serta KL Sentral akan disediakan mulai jam 6 pagi dengan kekerapan setiap 20 minit.
Katanya, manakala, perkhidmatan pengantara antara stesen Salak Tinggi, Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan disediakan mulai jam 6.20 pagi dengan kekerapan yang sama.
“Penumpang dinasihatkan untuk mencari pengangkutan alternatif dan merancang perjalanan mereka dengan lebih teliti. Kejadian vandelisme yang menyebabkan pemotongan kabel ini berlaku sekali lagi pada pagi ini, yang memberi kesan kepada perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
“Berikutan masalah teknikal ini, semua perkhidmatan kereta api telah digantung sementara waktu.
“Penumpang diminta untuk merujuk kaunter tiket atau menyemak status perkhidmatan tren melalui platform X,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, ERL telah mengesahkan kejadian vandelisme yang berlaku di KM48.5, antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 KLIA, apabila kabel dipotong pada jam 6.20 pagi.
Sebagai langkah sementara, perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit digabungkan pada jam 6.58 pagi dari Terminal 2 KLIA dan pada 7 pagi dari KL Sentral.
Perkhidmatan tren telah disambung semula pada pukul 10 pagi dari KL Sentral dan pada 9.48 pagi dari Terminal 2 KLIA.
Sementara itu ERL memaklumkan bahawa pihak mereka masih dalam proses membaiki sistem isyarat yang terjejas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment