SUKAN

Jaringan tunggal Yamada bawa Jepun juarai Piala Asia B-23

DOHA – Kehebatan penjaga gawang Jepun, Leo Kokubo yang menafikan sepakan penalti Umarali Rakhmonaliev pada waktu kecederaan berjaya membawa pasukan itu menjuarai buat kali kedua Piala Asia Bawah 23 (B-23) 2024 sebentar tadi.

Terdahulu, Jepun berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi jaringan cantik Fuki Yamada pada minit ke-91 selepas tamat waktu sebenar.

Uzbekistan yang ketinggalan dengan jaringan itu terus berusaha menyerang ke arah gawang Jepun sehingga dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Jepun dalam kawasan kotak penalti.

Umarali yang mengambil sepakan itu gagal menyempurnakan peluang keemasan itu selepas Kokubo cemerlang menampan keluar dari kawasan permainan.

Uzbekistan yang terdesak untuk mencari jarangan penyamaan terus mengasak gawang Jepun namun Kokubo terus menampilkan aksi cemerlang apabila berjaya menangkap kemas tandukan pemain Uzbekistan.

Kemenangan itu melayakkan pasukan Jepun ke Sukan Olimpik dengan diiringi Uzbekistan dan Iraq.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button