BERITA SEMASA

Jangan keluar kenyataan yang akan buat ‘rakyat sakit hati’

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Salleh meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul supaya merasai sendiri pengalaman bertugas atas panggilan (on-call) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan tugasan para doktor di hospital.

Akmal mengeluarkan kenyataan demikian bagi menjawab kenyataan Johari dalam satu artikel di sebuah portal yang menolak cadangan pemotongan gaji Ahli Parlimen sebanyak 50 peratus bagi membiayai kenaikan elaun bertugas atas panggilan para doktor.

“Saya minta YB (Yang Berhormat) untuk kerja oncall di hospital. Barulah YB tahu mcm mana situasi yang mereka hadapi.

“YB sedap tidur di rumah besar,katil empuk,ada air cond. Mereka bersengkang mata,bekerja untuk menyelamatkan nyawa!” kata Akmal dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, Johari tidak perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian jika tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan kerana ia akan membuatkan “rakyat sakit hati”.

“Kalau taknak bagi, tak perlu pon kenyataan macam ni, buat rakyat sakit hati jer denagn orang politik ni,” kata Akmal lagi.

Semalam, Johari dalam satu artikel yang dimuat naik di sebuah portal berkata, beliau menolak cadangan itu kerana Ahli Parliemn mempunyai tanggungjawab dan skop tugas yang berbeza.

“… kalau kamu mula bercakap tentang memberi elaun kepada doktor, bagaimana pula dengan polis? Bagaimana dengan bomba? Bagaimana dengan semua orang?” kata Johari dalam artikel berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button