POLITIK

Jangan ingat kita akan lepaskan begitu sahaja, PM beri amaran kepada Tun M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membiarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terlepas begitu sahaja berkait kesalahan mencuri duit rakyat.

Anwar yang sudah disaman fitnah RM150 juta oleh Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau tidak akan bertolak ansur dan membiarkannya terlepas tanpa dihukum.

“Sekarang bila kita ambil tindakan tentang rasuah, dia kata kita dendam.

“Saya tidak akan bertolak ansur, ingat kau Tun, kita akan biarkan? Tidak. Awak pukul, hina, maki, jatuhkan maruah saya, saya maafkan, tetapi tidak boleh maafkan jika awak curi duit rakyat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian semasa ceramah di Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang malam tadi.

Pada Mac lalu, Dr Mahathir menyaman fitnah Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Pelaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lalu.

Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.

Beliau turut mendakwa kenyataan Presiden PKR itu adalah tuduhan berat yang membawa impak besar terhadap dirinya yang membawa maksud kononnya bekas perdana menteri keempat dan ketujuh adalah seorang yang bersifat perkauman.

Tuntutan saman berkenaan difailkan Dr Mahathir di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya, Dr Mahathir sebagai plaintif mendakwa ucapan Anwar membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.

Selain ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi tauladan RM100 juta, Dr Mahathir turut menuntut perintah antaranya Anwar dengan serta merta menarik balik dan memadamkan kesemua kenyataan itu serta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button