JENAYAH & MAHKAMAH

Jaminan polis Namewee dilanjutkan sementara tunggu laporan toksikologi

KUALA LUMPUR – Tempoh jaminan polis terhadap penyanyi rap, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, dilanjutkan sementara menunggu laporan toksikologi serta laporan penuh bedah siasat berkaitan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan, Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan berkenaan memerlukan tempoh beberapa bulan untuk disiapkan dan amat penting bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Kita masih menunggu laporan toksikologi seperti yang dimaklumkan sebelum ini, selain laporan penuh bedah siasat. Proses ini mengambil masa dan sedang diusahakan secepat mungkin,” memetik laporan Kosmo online.

Menurut Fadil, sekiranya perlu, tempoh jaminan polis terhadap Namewee akan dilanjutkan lagi sehingga semua laporan berkaitan diperoleh bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum itu, media melaporkan jaminan polis terhadap Namewee telah dilanjutkan selama 14 hari sehingga 10 Disember selepas beliau dibebaskan daripada reman.

Namewee direman dari 5 hingga 13 November lalu sebelum dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, seorang wanita warga Taiwan berusia 33 tahun ditemui meninggal dunia di dalam tab mandi sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.

Kes berkenaan yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini disiasat sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button