BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

JAINJ cekup warga emas khalwat dengan janda

BATU PAHAT – Pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menahan seorang lelaki warga emas selepas disyaki berkhalwat dengan pekerjanya, seorang janda muda di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi kelmarin.

Lelaki berusia 60-an itu dikatakan menyelinap ke rumah wanita berusia 30-an yang tinggal seorang diri di taman perumahan sekitar pukul 2 pagi, ketika isterinya sedang tidur.

Menurut JAINJ, serbuan dilakukan selepas menerima aduan orang awam berhubung kelakuan pasangan terbabit di rumah berkenaan.

“Pada malam itu, lelaki ini ke rumah janda yang tinggal berseorangan. Isterinya tidak menyedari suaminya keluar kerana terlelap sekitar pukul 11 malam,” kata sumber, memetik laporan BH Online.

Tambah sumber tersebut, wanita itu bukan sahaja bekerja di warung milik lelaki berkenaan malah turut menguruskan hal berkaitan kewangan kedai.

“Hubungan mereka kelihatan normal di tempat kerja, tetapi didakwa mempunyai hubungan intim di luar pengetahuan isteri lelaki itu.

“Isteri lelaki tersebut yang sebaya dengannya jarang berada di warung kerana sering berehat di rumah akibat masalah lutut,” katanya.

Pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button