Warga emas ditemui meninggal dunia di ruang tamu rumah
GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga emas ditemukan tidak bernyawa di ruang tamu rumahnya yang berkunci di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong, di sini, malam tadi.
Mangsa, Lim Ban Heng, 79, difahamkan tinggal bersendirian dan hanya akan dikunjungi anaknya setiap dua hari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.58 malam berhubung insiden pintu rumah yang berkunci dengan mangsa dipercayai terperangkap di dalam.
“Pasukan penyelamat bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas sebelum menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan lanjut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








