LUAR NEGARA

Itali gantung perjanjian pertahanan dengan Israel

MILAN – Itali hari ini mengumumkan penggantungan perjanjian pertahanan antara negaranya dengan Israel.

Peggantungan itu diumumkan Perdana Menteri, Giorgia Meloni ketika beliau hadir pada satu majlis di Verona, lapor The Guardian yang memetik agensi berita Itali, Ansa.

“Berdasarkan situasi semasa, kerajaan telah memutuskan untuk menggantung pembaharuan automatik perjanjian pertahanan dengan Israel,” katanya tanpa memberikan butiran lanjut.

Sementara itu, akhbar Itali, Corriere della Sera berkata, perjanjian tersebut, yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperbaharui secara automatik setiap lima tahun, bertujuan untuk menggalakkan perjanjian perdagangan antara Itali dan Israel, khususnya dalam sektor pertahanan, serta memudahkan penyelidikan dan pembangunan ketenteraan.

Dalam perkembangan berkaitan, Meloni turut menyelar tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengkritik Pope Leo XIV dengan menuduh beliau “lemah terhadap jenayah” dalam satu hantaran di akaun Truth Social miliknya.

Meloni menyifatkan kenyataan Trump itu sebagai “tidak boleh diterima”, sambil menambah “Saya telah dan akan terus menyatakan solidariti saya kepada Pope Leo XIV.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button