Isu pengecualian visa, aspek keselamatan tidak diabaikan
KUALA LUMPUR – Kerajaan sama sekali tidak akan mengabaikan aspek keselamatan susulan pengumuman mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberi jaminan itu berkata, agensi keselamatan telah diminta untuk memperkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.
“Ada Ahli Yang Berhormat yang mungkin gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan, maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan tapisan keselamatan supaya kemudahan ini tidak menjejaskan keselamatan negara,” kata beliau ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.
Sebelum ini Anwar berkata, kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada tahun depan.
Beliau berkata, ia merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








