POLITIK

Isu DAP hanya modal politik raih undi Melayu – Mohamad Sabu

KUALA LINGGI – Isu membabitkan DAP yang dimainkan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai modal politik sementara bagi meraih sokongan majoriti pengundi Melayu.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perkara itu bukan sesuatu yang baharu kerana hubungan politik antara PAS dan DAP sebelum ini pernah menyaksikan kerjasama serta sokongan secara terbuka.

“PAS pernah memuji DAP melambung-lambung. Bahkan Presiden PAS pernah berkempen untuk calon DAP yang bertanding di Teluk Intan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program kempen PH sempena PRN Melaka di Telok Gong, di sini, malam tadi.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah.

Baca juga : PRN: Pakatan Harapan pilih perpaduan, ketengahkan calon berwibawa di Melaka – Anwar

Tegas Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, isu berkenaan kini kembali dimainkan sebagai sebahagian daripada strategi politik untuk mendapatkan undi majoriti masyarakat Melayu.

Sehubungan itu, beliau yakin pengundi di Melaka akan membuat pertimbangan sewajarnya apabila keluar mengundi pada 14 November ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button