LUAR NEGARA
Iran sahkan Pengarah Perisikan IRGC terbunuh
TEHRAN – Iran hari ini mengesahkan Pengarah Perisikan Kor Pengawal Republikan Islam (IRGC), Mejar Jeneral Majid Khademi terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel, pagi tadi, lapor the Guardian.
“Mejar Jeneral Majid Khademi, ketua bagi pasukan perisikan IRGC telah syahid dalam serangan musuh Amerika-Zionis… pada waktu subuh hari ini,” kata IRGC dalam satu hantaran di Telegram, hari ini.
Kenyataan itu turut menyebut, Allahyarham memainkan peranan penting dalam membentuk sistem perisikan dan keselamatan dalam negeri Iran sepanjang lima dekad Allahyarham berkhidmat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






