Iran dakwa 3 syarat gencatan senjata dicabuli sebelum rundingan bermula
TEHRAN — Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf mendakwa tiga klausa utama dalam cadangan 10 perkara telah dilanggar sebelum rundingan yang dijadualkan bermula pada Jumaat ini di Islamabad, Pakistan.
Qalibaf berkata, gencatan senjata dua hala atau rundingan tidak munasabah selepas pelanggaran syarat.
“Salah satu pelanggaran adalah gencatan senjata diceroboh di Lubnan.
“Pencerobohan dron ke ruang udara Iran dan penafian hak pengayaan uranium turut dicatat,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa dalam situasi sedemikian, pelaksanaan gencatan senjata dua hala atau rundingan adalah tidak munasabah.
Menerusi hantaran di X, Qalibaf memperincikan pencabulan tersebut merangkumi pelanggaran gencatan senjata di Lubnan, pencerobohan dron ke dalam ruang udara Iran, serta penafian hak Iran untuk melakukan pengayaan uranium.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








