JENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak mula tampil beri keterangan secara tertutup

KOTA KINABALU – Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir diteruskan di Mahkamah Koroner, di sini hari ini dengan kehadiran saksi kanak-kanak memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.

Pada sesi pagi Jumaat, saksi kanak-kanak keempat dipanggil memberi keterangan di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan dengan ditemani ibunya sebagai pendamping.

zara qairina
Allahyarhamah Zara Qairina

Keterangan tersebut berakhir pada pukul 11.35 pagi selepas menjawab soalan daripada pasukan peguam yang mewakili pihak-pihak berkepentingan dalam inkues itu.

Sementara itu, seorang lagi saksi kanak-kanak iaitu saksi kelima memberikan keterangan pada sesi petang yang bermula pukul 2.

Secara keseluruhan, inkues yang berlangsung secara tertutup itu dijadualkan membabitkan seramai 35 saksi kanak-kanak dan 25 saksi dewasa.

Pihak berkepentingan dalam prosiding itu termasuk pasukan peguam Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi dan Farrah Nasser yang mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Zara Qairina.

Bapa Allahyarhamah, Mahathir Hashim @ Marikin, 44, pula diwakili peguam Sherzali Asli bersama dua rakan guaman, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Selain itu, pasukan peguam Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan hadir mewakili salah seorang remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina manakala Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester turut mewakili pihak berkepentingan lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button