Inkues kematian Zara Qairina ditubuhkan, tentukan punca dan sebab kematian
PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menjalankan inkues menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Menurutnya dalam satu kenyataan, keputusan itu diambil selepas pihaknya meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes pada 12 Ogos lalu.
“Jabatan ini memutuskan agar inkues dijalankan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
“Prosiding inkues ini bertujuan untuk menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” katanya hari ini.
Sementara itu katanya, proses itu akan dikendalikan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








