BERITA SEMASA

India rakan strategik Malaysia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan India sebagai sebuah negara hebat dan menekankan bahawa hubungan budaya yang rapat serta kepentingan geopolitik yang semakin meningkat antara kedua-dua buah negara.

Perdana Menteri turut menyuarakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak dalam semua bidang.

“Kami telah membincangkan beberapa isu yang menjadi perhatian, yang saya rasa perlu diperincikan oleh pasukan kami. Tetapi, secara prinsipnya kami menyifatkan India sebagai sebuah negara yang hebat dan ramah, rapat dengan Malaysia dari segi budaya dan tentunya kini dari segi geopolitik,” kata Anwar.

Bliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat delegasi bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengadakan lawatan rasmi ke negara ini, hari ini.

Anwar turut berkata, Malaysia menjangkakan kerjasama yang lebih erat dengan India susulan lawatan rasmi dua hari Modi itu, sambil menambah lawatan berkenaan mempunyai makna yang amat besar.

“Secara peribadi, lawatan itu amat signifikan. Lawatan itu juga amat saya nantikan, ia ditangguhkan atas sebab yang munasabah. Tetapi, sambutan yang diberikan tetap meriah dan turut diraikan oleh rakyat Malaysia,” kata beliau.

Majlis sama turut menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama antara kedua-dua negara.

Antara yang menjadi tumpuan ialah MoU antara Malaysia dan India membabitkan usaha membanteras dan mencegah rasuah, piawaian latihan, pensijilan dan pengawasan bagi pelaut serta pengurusan bencana.

Dokumen lain termasuk perjanjian mengenai penerbitan audio visual, Memorandum Kerjasama dalam bidang tenaga kerja, Pertukaran Nota dalam bidang semikonduktor, kesihatan, keselamatan negara, serta dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan Menteri Hal Ehwal Luar India, Dr S Jaishankar masing-masing mewakili Malaysia dan India dalam pertukaran dokumen itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button