BERITA SEMASADALAM NEGERI

IKRAM nafi terima dana USAID

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa pihaknya pernah menerima dana daripada Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

Presiden IKRAM, Badlishah Sham Baharin menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak benar dan bertujuan mencemarkan nama baik pertubuhan itu serta menggugat kepercayaan masyarakat.

“Faktanya, IKRAM tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana daripada USAID. Namun, kami hanya pernah terlibat dalam mengedarkan 400 pek makanan sumbangan USAID semasa pandemik Covid-19 pada April 2020, ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa bantuan tersebut disalurkan kepada masyarakat yang terjejas akibat pandemik dan bukan kepada IKRAM atau ahlinya.

“Penglibatan IKRAM ketika itu adalah atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial, tanpa sebarang kerjasama berterusan atau pertukaran dana,” katanya.

IKRAM turut menegaskan bahawa semua aktiviti pertubuhan itu berlandaskan prinsip kebajikan, kejujuran dan ketelusan.

“Oleh itu, kami menyeru semua pihak agar tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu atau fitnah yang disebarkan tanpa usul periksa.

“IKRAM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah ini, terutama pada bulan Ramadan yang mulia,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button