BERITA SEMASADALAM NEGERI

Ibu tunggal dua anak, lelaki bujang ditahan khalwat di pondok Felda Kulim

KULIM – Tindakan sepasang kekasih menjadikan sebuah pondok kecil di belakang rumah sebagai tempat ‘melepas rindu’ mengundang padah apabila dicekup penguat kuasa agama dalam serbuan awal pagi, hari ini.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, serbuan kira-kira pukul 1.20 pagi itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 30 tahun bersama pasangannya, seorang ibu tunggal anak dua berusia 45 tahun.

Khalwat Kulim
Pondok kecil yang menjadi lokasi pasangan tersebut berkhalwat.

Menurut beliau, ketika pemeriksaan dilakukan, wanita terbabit hanya berselimut tanpa pakaian manakala lelaki berkenaan sekadar memakai seluar panjang.

“Hasil soal siasat mendapati wanita itu bercerai setahun lalu dan kini tinggal bersama keluarganya di Sungai Petani.

“Dia dikatakan pulang ke Felda tersebut untuk bertemu anak-anak, namun tidak memaklumkan kepada ibu bapa bahawa dia bermalam di pondok lelaki terbabit,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tambahnya, wanita berkenaan mempunyai dua anak, masing-masing berusia 21 dan 12 tahun, manakala lelaki tersebut masih bujang, bekerja di ladang kelapa sawit dan tinggal bersama kakaknya di Felda berkenaan.

Anwar berkata, serbuan dilakukan di pondok bersaiz kira-kira 1.5 x 3 meter selepas pihaknya mengetuk pintu selama lapan minit sebelum dibuka lelaki terbabit.

“Ketika pemeriksaan, wanita berkenaan didapati berbaring di atas katil dalam keadaan berselimut, manakala pasangannya tidak berbaju,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button