BERITA SEMASA

Esok hari terakhir Mega Karnival 3D FELDA, pelawat puji produk tempatan

KUALA LUMPUR – Mega Karnival 3 Dimensi FELDA yang berlangsung meriah di MITEC, Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu bakal melabuhkan tirainya esok.

Karnival berkenaan yang diadakan sempena Sambutan Hari FELDA dan Hari Peneroka 2024 telah menarik ribuan pengunjung dari seluruh negara yang hadir untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah dan menyertai pelbagai aktiviti kekeluargaan dalam suasana penuh warna-warni.

Antara pengunjung yang ditemui, Suhanizan Robi dari Putrajaya, melahirkan rasa kagum terhadap produk tempatan yang dipamerkan dan dijual sepanjang karnival.

“Saya sangat teruja melihat produk-produk FELDA yang semakin berkualiti dan pelbagai.

Daripada makanan tradisional, produk herba, hasil pertanian, sehinggalah ke kraftangan semuanya ada! Memang tepat dengan tagline ‘Segalanya FELDA’,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Esok hari terakhir Mega Karnival 3D FELDA, pelawat puji produk tempatan
Suhanizan Robi puji produk keluaran Felda.

Menurut beliau, penganjuran karnival sebegini penting bagi memperkenalkan semula kekuatan Felda bukan hanya sebagai pemacu pertanian, tetapi juga sebagai pemain dalam bidang keusahawanan dan inovasi tempatan.

“Karnival ini beri peluang kepada masyarakat luar bandar untuk tonjolkan hasil usaha mereka. Saya harap ia diteruskan setiap tahun,” katanya lagi.

Selain jualan produk, pengunjung juga boleh menyaksikan demonstrasi masakan, pameran inovasi, persembahan pentas, dan pelbagai promosi istimewa yang berlangsung hingga ke malam.

Esok, hari terakhir karnival, dijangka lebih meriah dengan pelbagai acara penutup, cabutan bertuah dan tawaran akhir yang pastinya dinantikan ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button