SUKAN

Hong Myung-bo letak jawatan ketua jurulatih selepas Korea Selatan tersingkir Piala Dunia 2026

GUADALAJARA – Hong Myung-bo mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih Korea Selatan selepas skuad kendaliannya gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Dunia 2026.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di kem latihan pasukan di Guadalajara, susulan kegagalan Korea Selatan menempatkan diri dalam kalangan lapan pasukan terbaik di tempat ketiga untuk melayakkan diri ke pusingan 32 terbaik.

Untuk rekod, Hong dilantik sebagai ketua jurulatih pada Julai 2024 bagi menggantikan Jurgen Klinsmann secara tetap, dan berjaya membawa Korea Selatan layak ke Piala Dunia buat kali ke-11 berturut-turut.

Skuad Korea Selatan yang dibarisi pemain berpengalaman seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae sebelum ini meletakkan harapan tinggi untuk mara ke pusingan kalah mati.

Mereka bermula dengan langkah kanan apabila menang 2-1 ke atas Republik Czech, namun kemudiannya tewas kepada Mexico dan Afrika Selatan dalam dua perlawanan berikutnya.

Keputusan tersebut menyebabkan Korea Selatan terpaksa bergantung kepada keputusan kumpulan lain, namun akhirnya gagal menempatkan diri sebagai antara lapan pasukan terbaik di tempat ketiga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button