
Hilang 17 jam, anggota Maritim Malaysia selamat ditemui di Telaga Tujuh
LANGKAWI – Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Telaga Tujuh, Gunung Mat Chinchang di sini ditemui selamat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Saiful Lizan Ibrahim selepas mangsa hilang selama 17 jam.

Saiful Lizan berkata, mangsa yang berada di Langkawi sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23) dipercayai mendaki sendiri sebelum dilaporkan hilang pada jam 12.47 tengah malam.
Katanya, kehilangan mangsa dilaporkan.oleh rakannya selepas mangsa tidak hadir dalam satu program malam semalam.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, anggota Maritim Malaysia Bahagian Cari Lamat dan Bantuan Bencana (SAR) Maritim Malaysia Putrajaya, Mohd Ridhaudden Rosman, 32, itu ditemui pada jam 5 petang.
Shariman berkata, motosikal yang digunakan Mohd Ridhaudden kemudiannya didapati masih berada di kawasan letak kereta Telaga Tujuh, di sini.
Katanya, mangsa memuat status di media sosial buat kali terakhir bahawa dirinya telah tiba di puncak Telaga Tujuh lebih kurang jam 4.45 petang Rabu dan berkomunikasi dengan isteri sekitar jam 5.15 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















