Erry Hidayat kotakan janji, hadiahkan emas ketiga negara di Sukan Komanwel
GLASGOW – Badang negara, Muhammad Erry Hidayat mengotakan janji untuk menukar kilauan pingat di pentas Sukan Komanwel apabila memenangi pingat emas kategori 79 kilogram lelaki pada temasya Sukan Komanwel Glasgow.
Kejayaan itu sekaligus mengikut jejak langkah ayahnya, Hidayat Hamidon yang memenagi emas pada edisi 1998 di Kuala Lumpur.
Lebih manis, Erry turut memperbaharui rekod clean & jerk (184kg) dan angkatan keseluruhan (331kg).
Pingat dimenangi Erry juga menjadi emas ketiga buat kontinjen negara dalam acara angkat berat pada temasya kali ini, meneruskan rentak cemerlang skuad negara di Glasgow.
Sebelum ini, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhamad Aznil Bidin masing-masing menghadiahkan emas menerusi kategori 60kg dan 65kg lelaki, sekali gus mengukuhkan status angkat berat sebagai antara penyumbang utama pingat emas Malaysia di Sukan Komanwel 2026.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















