BERITA SEMASA

Hassan Karim tegaskan tidak akan khianati PKR, kekal setia meskipun tidak bertanding PRU-16

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan akan tetap setia pada PKR meskipun tidak bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.

Hassan berkata, beliau akan tetap berjuang dan berkempen mempertahankan PKR supaya tetap menang di Pasir Gudang walaupun sudah uzur.

“Tak kuat berlari saya berjalan, tak kuat berjalan saya bertongkat namun mengkhianati PKR tidak sama sekali,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari.

Menurut Hassan, walaupun terdapat perbezaan pandangan dan pendirian dalam beberapa isu dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk dengan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau akan tetap berjuang sebagai anggota biasa.

Katanya, perbezaan pandangan dan pendirian adalah perkara biasa dalam parti yang terbuka seperti PKR.

“Bagi saya secara peribadi, PKR perlu dipertahankan. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi PKR sukar dicari ganti,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button