BERITA SEMASASUKAN

Hannah Yeoh pertahan bergambar bersama pemain Thailand

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hari ini tampil mempertahankan perkongsian gambar beliau bersama pemain badminton Thailand sebagai tindakan berasaskan prinsip kesukanan.

Hannah berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya disalahertikan kerana sukan mengajar semua meraikan semangat persahabatan dan penghormatan tanpa mengira siapa yang menang atau kalah.

Bahkan katanya, tindakan meraikan persahabatan selepas tamat permainan juga adalah sikap yang terhormat.

“Ia titik permulaan yang sangat asas.  Selepas pertandingan tamat dan menerima pingat anda, anda meraikan pemenang.

“Semangat kesukanan adalah mengenai menerima kekalahan apabila semuanya sudah berlalu dengan adil dan dapat mengiktiraf pesaing anda dengan cara yang terhormat,” tulisnya dalam Instagram Story.

Tambahnya, keterbukaan dalam lapangan sukan juga penting dalam melatih seseorang menjadi individu yang kuat dan mampu bersaing.

Hannah baru-baru ini memuatnaik gambar bersama pemain badminton Thailand, Kunlavut Vitidasam yang memenangi pingat perak selepas menewaskan perseorangan negara, Lee Zii Jia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tindakan beliau menerima kritikan nitizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak sensitif dan tidak patriotik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button