BERITA SEMASAPMX

GST tidak akan diperkenalkan buat masa ini – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan membuat keputusan untuk tidak memperkenalkan kembali Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barangan Mewah.

“Dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan lebih 5 peratus, kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenal dan melaksanakannya (GST).

“(Berikutan itu) Kerajaan mengambil pendekatan yang lebih progresif dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.

Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barang mewah. Antaranya jam tangan mewah dan barangan fesyen mewah,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan semula Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button