Penganjur ‘Glamping with Pride’ berdepan tindakan pihak berkuasa jika teruskan program – MB
SHAH ALAM – Pihak berkuasa di negeri ini diarahkan untuk mengambil tindakan tegas sekiranya pihak penganjur program ‘Glamping with Pride’ didapati meneruskan aktiviti itu yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tiada masalah jika aktiviti ‘glamping’ dijalankan secara biasa bersama keluarga, namun aktiviti songsang adalah tidak dapat diterima dan ditentang ramai rakyat Malaysia.
“Tiada masalah jika aktiviti ‘glamping’ biasa dengan keluarga, titah Tuanku (Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah) semalam menjurus kepada aktiviti songsang dan tidak dapat diterima malah saya pasti ramai rakyat Malaysia menentangnya.
“Suara juga bangkit daripada parti politik, individu dan Ahli Parlimen… saya rasa tidak mungkin berlaku, tetapi kalau mereka tetap mencabar saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan.
“Sebab saya rasa komuniti jelas dengan aktiviti glamping yang selamat, tetapi janganlah kepada tema itu kerana masalahnya adalah tema LGBT tetapi jangan hukum ‘glamping’ secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur di Dewan Jubli Perak, SUK di sini hari ini.
Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Mufti Selangor mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti membabitkan gaya hidup songsang LGBT di negeri ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








