BERITA SEMASA

Gelandangan disiram air dan ditendang, warganet kutuk tindakan kejam

PETALING JAYA – Sebuah rakaman video tular memaparkan seorang gelandangan disiram air dan ditendang oleh dua individu di laluan kaki lima sebuah bangunan, sekali gus menimbulkan kecaman orang ramai.

Rakaman yang dikongsi pengguna Facebook, Lion Wong, menunjukkan mangsa sedang berbaring berbantalkan beg apabila seorang pengawal keselamatan wanita menyembur air menggunakan hos tepat ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, seorang lelaki muncul dan menendang mangsa berulang kali sambil menengkingnya.

Tindakan itu turut mendapat kecaman warganet yang mengecam perbuatan kejam terhadap golongan gelandangan, menegaskan bahawa setiap individu wajar diperlakukan dengan hormat dan berperikemanusiaan.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan golongan gelandangan dan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan maruah serta keselamatan mereka terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button