BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Garis panduan TCGF LHDN dikemas kini

KUALA UMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah memuat naik garis panduan Rangka Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCGF), soalan-soalan lazim dan versi TCGF dalam Bahasa Melayu di portal rasminya.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan semua maklumat itu telah dikemas kini hingga 23 Februari lalu dan boleh diakses di pautan https://www.hasil.gov.my/

Perubahan panduan TCGF ini merangkumi aspek-aspek penting seperti pemantauan, keberkesanan rangka kerja kawalan percukaian, pelaporan ujian kawalan dan pelaporan tadbir urus percukaian, kawalan dan pengurusan risiko.

Menurut LHDN, pengemaskinian itu berdasarkan maklum balas yang diterima daripada beberapa siri sesi libat urus yang dijalankan bersama agensi kerajaan, organisasi dan pengamal percukaian serta kajian amalan terbaik pelaksanaan berkesan program Kerja Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG).

Maklumat lanjut mengenai ini boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-8911 1000 atau melalui emel khas tcg@hasil.gov.my

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button