Perkhidmatan e-Filing tahun taksiran 2023 dibuka mulai 1 Mac
KUALA LUMPUR – Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing mulai 1 Mac ini.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar cukai disarankan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing bagi tujuan pengemukaan BN melalui portal rasminya https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
“LHDN pengemukaan BN Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 1 Mac 2024.
“LHDN telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-Filing melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 1 Januari 2024,” katanya hari ini.
Menurut kenyataan berkenaan, bagi ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan TAeF versi 2.0 melalui capaian https://taef.hasil.gov.my/.
Katanya, pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023.
Kenyataan itu berkata, pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan
Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).
Bagi pembayar cukai yang memilih menu e-KYC pula katanya, aplikasi MyTax perlu dimuat naik di telefon bimbit bagi tujuan pengesahan identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar.
“Melalui menu e-CP55D, pembayar cukai perlu melengkapkan permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian dengan memasukkan alamat e-mel aktif berserta muat turun dokumen pengenalan. Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai sekiranya pendaftaran berjaya.
“Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke Portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar > Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula.
“Pautan untuk membina kata laluan yang baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar, sekiranya pembayar cukai masih menghadapi masalah berhubung kata laluan pembayar cukai boleh merujuk kepada panduan terlupa kata laluan yang disediakan di Portal MyTax atau menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1000 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat,” katanya.
Sementara itu, kenyataan itu turut mengingatkan supaya semua pihak mengemukakan BN dan membayar cukai
pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penalti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








