BERITA SEMASA

Gardenia semak semula harga 30 produk keluarannya

Alami kenaikan harga antara 10 sen ke 20 sen

CYBERJAYA – Beberapa produk Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) akan mengalami kenaikan harga antara 10 sen ke 20 sen bermula 1 Oktober nanti.

Menurut notis dikeluarkan syarikat berkenaan bertarikh 25 Sept, sebanyak 30 produk akan mengalami kenaikan harga.

Antaranya, Gardenia Bun Sambil Bilis daripada RM1.50 kepada RM1.60, Gardenia Twiggies Choc-A-Lot RM2.00 kepada RM2.10, Gardenia Waffles Chocolate RM1.50 kepada RM1.60 dan Gardenia QuickBites (semua perisa) RM1.10 – RM1.60 kepada RM1.20 ke RM1.70.

Bagaimanapun, berdasarkan senarai tersebut, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em tidak tersenarai sebagai antara produk yang dinaikkan harga.

Related Articles

Difahamkan kali terakhir Gardenia menyemak harga produk keluarannya adalah pada September tahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button