LUAR NEGARA

Gara-gara terlalu ikut GPS, EV terjunam dalam terusan

BANGKOK – Niat seorang pemandu untuk ke sebuah kafe bertukar mimpi ngeri apabila kereta elektrik (EV) yang dipandunya terjunam ke dalam terusan selepas terlalu bergantung kepada aplikasi Sistem Panduan Sejagat (GPS).

Insiden itu berlaku sekitar pukul 6 petang (waktu tempatan) pada 18 Ogos lalu di terusan Khao Kheow, daerah Phayuha Khiri, lapor Bangkok Post.

Menurut anggota penyelamat, pemandu terbabit dipercayai tidak biasa dengan laluan berkenaan dan gagal menyedari perubahan pada permukaan jalan.

“Kami percaya mangsa bergantung sepenuhnya kepada aplikasi GPS,” katanya.

Mangsa sempat keluar dari kenderaan tanpa sebarang kecederaan, namun keretanya hanyut kira-kira 50 meter sebelum tenggelam ke dasar terusan sedalam dua meter.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button