BERITA SEMASA

Filem KITA: Simbol kepelbagaian budaya Sabah 

SERDANG – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, hari ini merasmikan tayangan perdana filem bertajuk KITA – Sabah Menyambut Kepelbagaian, sebuah karya istimewa yang menonjolkan keunikan Sabah sebagai lambang perpaduan dalam kepelbagaian budaya, agama dan bahasa.

Program itu dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Sabah Unity In Diversity (SUICDP) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di Auditorium Tan Sri Dato’ Paduka Koo Yuen Kim JP, Wisma Huazong, di sini.

Aaron berkata, seni perfileman berperanan sebagai medium berkesan untuk menyampaikan mesej perpaduan secara kreatif dan menyentuh emosi.

“Filem itu bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mendidik kita tentang nilai perpaduan dan toleransi.

“Ia membawa mesej bahawa kita, sebagai rakyat Malaysia, perlu sentiasa menghormati perbezaan dan mencari titik persamaan untuk maju sebagai sebuah bangsa Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru generasi muda agar menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan negara.

“Saya berharap lebih ramai pembuat filem, seniman, dan penggiat seni akan tampil menghasilkan karya-karya yang menyemarakkan semangat perpaduan dan patriotisme.

“Semangat kita harus terus dijadikan asas dalam membina sebuah masyarakat yang bersatu walau berbeza,” tambahnya.

Filem KITA mengetengahkan keindahan budaya Sabah dan nilai-nilai kebersamaan dalam kepelbagaian, sejajar dengan aspirasi negara untuk memperkukuhkan keharmonian masyarakat.

Majlis perasmian itu turut dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadikan acara tersebut simbolik kepada perpaduan dalam keppelbagaian Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button