BERITA SEMASASUKAN

FIFA maklumkan ahli bersekutu, konfederasi penggantungan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ditangguhkan

PETALING JAYA – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan bahawa penggantungan tujuh pemain yang dikaitkan dengan isu pemain warisan Harimau Malaya ditangguhkan.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), penangguhan hukuman itu susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Dilampirkan adalah maklum balas dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain pasukan kebangsaan iaitu Facundo Garcés, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, João Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Héctor Hevel.

“FIFA telah memaklumkan kepada ahli-ahli bersekutu dan konfederasi yang berkenaan untuk menangguh penggantungan terhadap tujuh pemain ini pada peringkat domestik dan benua secara serta-merta,” kata FAM dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Keputusan terbaharu itu membolehkan kesemua pemain berkenaan meneruskan karier profesional masing-masing serta terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

Menurut FAM, kelulusan Penangguhan Pelaksanaan tersebut kekal berkuat kuasa sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS diputuskan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button