BERITA SEMASAHIBURAN

Fahmi Fadzil ucap takziah atas pemergian Allahyarham Khairul Azhar

KUALA LUMPUR – Pelakon sitkom popular era 80-an, Santan Berlada, Khairul Azhar dilaporkan meninggal dunia mencetuskan rasa dukacita dalam kalangan peminat seni tanah air yang pernah terhibur dengan lakonannya di kaca televisyen.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham dan mengenang sumbangan beliau dalam dunia hiburan tempatan.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Turut berdukacita menerima khabar pemergian Khairul Azhar, pelakon sitkom popular Santan Berlada yang pernah menceriakan rakyat Malaysia menerusi RTM pada era 80-an,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Fahmi, Santan Berlada merupakan antara sitkom kegemarannya ketika zaman persekolahan, yang bukan sahaja sarat dengan lawak jenaka tetapi turut meninggalkan memori indah buat penonton.

“Terima kasih kerana pernah mewarnai hari kami. Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.

“Sama-sama kita doakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.

Allahyarham Khairul Azhar dikenang sebagai antara pelakon yang mencorakkan landskap hiburan tanah air menerusi watak-watak komedi yang dekat di hati rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button