BERITA SEMASAHIBURAN

Exists dan Masdo bergabung pentas dalam Battle Of Time

KUALA LUMPUR – Kolaborasi dua band ternama iaitu Exist dan Masdo dalam konsert ‘Battle Of Time’ di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 10 November ini bakal menjanjikan transisi nostalgia dan irama yang pasti tidak mahu dilepaskan peminat-peminat muzik tanah air.

Konsert Battle Of Time Exists X Masdo anjuran Dennsa dan Sensorhythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi bersama My Creative Ventures itu bakal mengimbau kegemilangan zaman muzik rock 90-an dan klasik 60-an bawaan Masdo.

“Pemilihan nama Battle of Time sendiri memberi indikasi rangka masa yang pernah dilalui kumpulan legenda Exists yang mempengaruhi perjalanan banyak pemuzik generasi kini seperti Masdo.

“Kumpulan Masdo pula yang cukup dikenali dengan gaya muzik retro tahun 60-an dan aksi pentas yang memukau akan memberikan kepuasan kepada penonton,” kata Dewi selaku penganjur dari pihak Dennsa.

Dewi berkata, pemilihan dua kumpulan ikonik itu diformulakan khas untuk membawa penonton menyelusuri semula irama yang suatu ketika dahulu pernah menjadi siulan anak-anak muda.

“Kehebatan dari selatan tanah air ini sememangnya tidak dapat disangkal. Lagu-lagu mereka seperti Untukmu Ibu, Julia dan Langkah Seiringin suatu ketika dahulu antara yang menguasai puncak carta muzik tempatan.

Begitu juga dengan persembahan  kugiran Masdo yang hebat mengadunkan elemen muzik retro dengan sentuhan moden yang cukup bertenaga.

“Masdo tidak dapat disangkal mempunyai aura muzik yang cukup hebat sehingga mencipta gelombang tersendiri dalam kalangan penggemar muzik tempatan dan Nusantara,” katanya.

Sementara itu, Putu Ceri dari Masdo berkata, walaupun mengetengahkan irama muzik yang berbeza, mereka teruja dapat berkongsi pentas dengan Exists yang mempengaruhi muzik mereka sejak zaman remaja.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket Battle Of Time Exists X Masdo bermula pada 5 September ini dengan harga serendah RM159 sehingga RM789 menerusi laman web MyTicket dan Atome.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button