POLITIK

DUN Negeri Sembilan dibubar

CYBERJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubar berkuat kuasa 5 Jun, 2026.

Pembubaran itu diumumkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu sidang media khas di Seremban, sebentar tadi.

Menurut beliau, pembubaran tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

“Alhamdulillah hari ini pukul 8.30 malam, saya telah mengadap YDPB dan baginda telah perkenan untuk membubarkan DUN bermula pada esok (Jumaat).

“Pembubaran ini mengikut dan mematuhi UUTKNS dan selepas ini pilihan raya, kita akan menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button