JENAYAH & MAHKAMAH

Dua suspek cuba ceroboh Istana Negara sudah didakwa

Kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang didakwa cuba menceroboh Istana Negara dan mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Jumaat lalu, telah didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek itu dituduh di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, kedua-dua suspek mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

“Pertuduhan tambahan dikenakan ke atas seorang suspek di bawah Seksyen Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Bagaimanapun suspek itu tidak mengaku bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rusdi kemudiannya menambah, pihaknya masih belum dapat memastikan motif kedua-dua suspek melakukan cubaan menceroboh itu.

Sementara itu, mengenai kes surat ugutan bersama peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, beliau berkata, pihak polis telah merakam percakapan daripada dua saksi.

Tambahnya, kes masih dalam siasatan lanjut dan tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button