Mahkamah Tinggi Shah Alam batal arahan henti roboh kuil Rawang
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Selayang yang sebelum ini mengarahkan kerja-kerja merobohkan Kuil Sri Uchimalai Muniswaran di Taman Rawang Perdana dihentikan sementara.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Suriyati Hasimah Mohd Hashim selepas membenarkan permohonan semakan jenayah yang difailkan pemohon, sekali gus membatalkan perintah terdahulu Mahkamah Majistret.
Mahkamah menyatakan telah meneliti hujahan kedua-dua pihak serta dokumen berkaitan sebelum membuat keputusan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Pihak pengurusan kuil diwakili peguam Rajesh Nagarajan dan Amanda Mathew, manakala Yayasan Kubra diwakili Muhammad Hariz Md Yusoff.
Dalam pada itu Muhammad Hariz melahirkan kesyukuran atas keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada tuan tanah, Yayasan Kubra.
“Mahkamah telah mendengar hujahan pihak-pihak yang begitu panjang, teliti dokumen dan undang-undang yang sedia ada dan berkuatkuasa di Malaysia.
“Permohonan semakan jenayah Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam dibenarkan. Pihak penceroboh cuba memainkan naratif 3R di Mahkamah Tinggi. Hakikatnya, Yayasan Kubra menegaskan isu adalah berkenaan penceroboh dan tuan tanah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








