BERITA SEMASA

Dr Mahathir selesai beri keterangan, disusuli kenyataan rasmi pada 3 petang

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberikan keterangannya kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Beliau memberikan keterangan sekitar kira-kira 2 jam sebelum dilihat keluar dari Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada pukul 12.30 tengah hari.

Namun, kenyataan rasmi beliau akan dikeluarkan pada pukul 3 petang ini di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Terdahulu, Dr Mahathir tiba di BHEUU Jabatan Perdana Menteri, di sini, pada pukul 10.45 pagi tadi.

Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) untuk memberi keterangan kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Kenderaan yang membawa Dr Mahathir tiba di pekarangan bangunan BHEUU hari ini.

Ketibaannya disambut oleh beberapa pegawainya, termasuk bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button