LUAR NEGARA

Dua pesawat penyerang ringan TNI jatuh terhempas

JAKARTA – Dua buah pesawat penyerang ringan milik Tentera Udara Indonesia yang sedang dalam latihan dilaporkan terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur kira-kira tengah hari tadi.

Laporan media tempatan yang memetik kenyataan tentera, mengenal pasti kedua-dua pesawat yang terbabit dalam insiden itu sebagai EMB-314 Super Tucano dengan nombor bahagian ekor TT-3111 dan TT-3103.

Setakat ini, nasib juruterbang dan pembantu juruterbang kedua-dua pesawat tersebut masih tidak diketahui sementara menunggu proses siasatan.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur, untuk misi latihan bersama dua pesawat jenis sama pada pukul 10.50 pagi (waktu tempatan).

Katanya, pada pukul 11.18 pagi, kawalan udara terputus hubungan dengan kedua-dua pesawat, manakala baki dua lagi Tucano selamat kembali ke pangkalan pada pukul 11.31 pagi.

Sebelum kejadian berlaku, kesemua pesawat itu dilaporkan terbang dalam formasi kotak pada ketinggian 8,000 kaki.

Individu di dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan (TT-3111, tempat duduk depan), Kolonel Widiono (TT-3111, tempat duduk belakang), Mejar Yuda A Seta (TT-3103, tempat duduk depan), dan Kolonel Subhan (TT-3103, tempat duduk belakang).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button