Dua lagi kakitangan Astro Audio digantung tugas
KUALA LUMPUR – Astro Audio sebentar tadi mengumumkan penggantungan tugas dua lagi kakitangannya bersabit video kontroversi yang disiarkan di salah satu platform media sosial stesen radionya.
Terdahulu, Astro Audio mengumumkan tiga penyampai radio iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin direhatkan seketika berikutan insiden itu.
Dalam kenyataan terbaharu, Astro Audio sekali lagi memohon maaf dan menyatakan kekesalan pihaknya di atas insiden yang menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak.
“Pihak kami akan terus mengadakan siasatan dalaman terperinci dan lanjutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi kami telah mengadakan perjumpaan bersama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) awal hari ini.
“Selaras dengan siasatan ini, kami memutuskan untuk menggantung tiga penyampai dan dua lagi kakitangan sebagai tambahan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam satu kandungan video yang disiarkan di platform media sosial ERA baru-baru ini, Azad telah melakukan tarian dan gerakan yang didakwa mempermainkan amalan penganut Hindu dan ia tular di media sosial.
Susulan itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima pelbagai aduan berhubung insiden tersebut dan mengarahkan siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) termasuk memanggil pihak Astro serta pengurusan stesen radio terbabit bagi memberikan penjelasan penuh mengenai insiden yang berlaku.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








