BERITA SEMASAHIBURAN

Astro Audio lancar aplikasi eksklusif bagi setiap stesen radio

KUALA LUMPUR – Astro Audio melancarkan aplikasi mudah alih baharu yang membolehkan pendengar menikmati semua stesen radio di bawah rangkaiannya secara langsung melalui platform digital khusus.

Ketua Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk mendekatkan kandungan radio kepada pendengar dengan memanfaatkan teknologi digital.

“Dalam dunia serba pantas hari ini, kami memahami keperluan untuk akses segera dan mudah.

“Melalui aplikasi ini, setiap stesen radio di bawah Astro mempunyai aplikasi sendiri yang menawarkan penstriman langsung, kandungan eksklusif dan ciri interaktif bagi menjadikan pengalaman mendengar lebih peribadi dan bermakna,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Menurutnya, penggunaan data pintar dan kreativiti pasukan kandungan diyakini dapat menarik bukan sahaja pendengar sedia ada, malah generasi baharu yang gemar mengakses kandungan melalui peranti mudah alih.

Sebanyak 13 stesen radio popular di bawah Astro kini boleh diakses melalui aplikasi khusus masing-masing, memberikan kebebasan kepada pengguna memilih pengalaman audio yang sesuai sama ada ketika memandu, bersenam, bekerja atau berehat di rumah.

Langkah itu juga bertujuan memperkukuh identiti setiap stesen dengan kandungan yang selari dengan gaya penyampaian masing-masing, sekali gus membina hubungan lebih erat bersama komuniti pendengar.

Aplikasi berkenaan kini boleh dimuat turun di App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button