Suria FM catat 3.3 juta pendengar, perkukuh kedudukan stesen radio utama negara
KUALA LUMPUR – Suria FM terus mengukuhkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia apabila mencatatkan 3.3 juta pendengar bulanan bagi tempoh Januari hingga Disember 2024, menurut laporan Nielsen Consumer & Media View (CMV).
Berdasarkan laporan sama, Suria FM kini berada dalam tiga teratas stesen radio berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia, sekali gus membuktikan populariti yang semakin kukuh di pasaran.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, pencapaian itu adalah hasil sokongan padu pendengar setia dan kerja keras seluruh warga Suria FM.

“Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria sebagai teman hiburan harian.
“Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia.
“Kejayaan ini juga adalah hasil komitmen warga Suria yang sentiasa berusaha memberikan pengalaman terbaik kepada pendengar, sama ada di radio mahupun di platform digital,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Kejayaan itu turut disokong prestasi digital luar biasa sepanjang tahun lalu.
Suria FM merekodkan lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan halaman serta 5.84 juta pengikut dan pengguna aktif di pelbagai platform media sosial.
Laporan Nielsen CMV merangkumi data pendengar berusia 15 tahun ke atas di Semenanjung Malaysia, melibatkan beberapa stesen radio utama berbahasa Melayu termasuk Suria FM, Hot FM, Era FM, Sinar dan Kool 101.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






