BISNES & EKONOMI

DPIM Putrajaya, Ascentum.ai sasar 10,000 usahawan guna aplikasi AI tahun ini

PUTRAJAYA – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya menyasarkan seramai 10,000 usahawan akan menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) menerusi kerjasama strategik bersama Ascentum.ai yang dimeterai tahun ini.

Kerjasama melalui memorandum persefahaman (MoU) itu bertujuan mempercepatkan penggunaan teknologi digital dalam kalangan usahawan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), melalui penyelesaian berasaskan AI yang mampu meningkatkan produktiviti, kecekapan operasi serta keberkesanan pemasaran perniagaan.

Pengerusi DPIM Putrajaya, Datuk Seri Khanafi Husin berkata, inisiatif berkenaan selari dengan usaha memperkasa transformasi digital usahawan agar mereka kekal berdaya saing dalam ekonomi semasa yang semakin dipacu teknologi.

mou
MoU diantara DPIM dan Ascentum.ai

“Penggunaan AI bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan bagi memastikan usahawan mampu mengurus operasi perniagaan dengan lebih cekap, menjimatkan kos serta memperluaskan capaian pasaran,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ascentum.ai, Dayan Haziq berkata, platform yang dibangunkan menawarkan pelbagai fungsi automasi termasuk penjanaan kandungan pemasaran, pengurusan dokumen serta analisis data bagi membantu usahawan membuat keputusan dengan lebih pantas dan tepat.

Menurut beliau, penggunaan AI yang mudah diakses itu juga mampu meningkatkan produktiviti perniagaan tanpa membebankan kos operasi, sekali gus mempercepatkan proses pendigitalan dalam kalangan usahawan.

Kerjasama tersebut turut merangkumi pelaksanaan program latihan, bengkel dan sesi bimbingan bagi memastikan usahawan dapat memanfaatkan teknologi AI secara lebih berkesan dalam operasi harian.

Melalui kolaborasi itu, kedua-dua pihak optimis sasaran 10,000 pengguna tahun ini dapat dicapai, sekali gus memperluaskan penggunaan teknologi AI dalam kalangan usahawan Malaysia serta menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button