BERITA SEMASA

Kerjasama AWISB,DPIM Putrajaya perkasakan Program Usahawan Inkubator Malaysia Madani

CYBERJAYA – Angkasa Wijaya Internasional Sdn Bhd (AWISB) dan Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya hari ini menjalin kerjasama bagi memantapkan lagi Program Usahawan Inkubator Malaysia Madani (PUIMM).

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam menaikkan taraf golongan B40 menerusi keusahawanan dan tidak hanya terhad kepada latihan tetapi juga pembiayaan peralatan dan kursus tambahan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AWISB, Datuk Zakaria Hasan, jalinan kerjasama dengan DPIM Putrajaya ini merupakan salah satu langkah dalam menambah lagi jumlah usahawan yang bernaung di bawah program berkenaan.

“Seperti yang kita maklum, DPIM Putrajaya mempunyai ramai ahli, jadi kami berharap supaya mereka dapat turut sama menyertai program ini dan meluaskan perniagaan mereka,” kata Zakaria.

Beliau berkata demikian sejurus hadir pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) di antara AWISB dan DIPM Putrajaya, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi DPIM Putrajaya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin.

Menjelaskan lanjut mengenai PUIMM, Zakaria berkata, program ini dilaksanakan menerusi pemberian geran oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Jelasnya, peserta program ini perlu membuat pembayaran untuk mengikuti latihan dan juga pembiayaan, dan kesemuanya diuruskan menerusi geran kerajaan.

“Dana daripada kerajaan, dan kami selaku pelaksana akan menguruskan pendaftaran, aspek pengurusan dan latihan keusahawanan,” kata Zakaria lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button