BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Diperdaya pelaburan tidak wujud, wang simpanan RM2.08 juta pengarah syarikat lesap

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang disertai melalui iklan Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa telah menyertai pelaburan tersebut pada Ogos tahun lalu selepas ditawarkan keuntungan lumayan.

“Hasil siasatan awal mendapati pada awal Ogos 2024, mangsa telah berminat menyertai pelaburan saham (TWYAE BLOCK) di laman social Facebook.

“Mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang ditadbir individu bernama Charles,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hussein berkata, sepanjang tempoh menyertai pelaburan itu, mangsa telah membuat sembilan transaksi bayaran ke akaun berbeza dengan jumlah RM2.08 juta.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan.

“Modus operandi yang digunakan oleh suspek dengan memperdaya mangsa melalui iklan pelaburan di aplikasi Facebook,” katanya lagi.

Orang dalam masa sama diingatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pelaburan yang menjamin pulangan yang tidak munasabah.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button