BERITA SEMASA

Dewan Rakyat rakam penghargaan kepada Kit Siang, Allahyarham Nik Aziz

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa merakamkan ucapan penghargaan kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pengurniaan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 bagi Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ahli Dewan Negara Senator, Datuk Seri Anifah Aman yang turut menerima PSM sekali gus, membawa gelaran ‘Tan Sri’.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, pemimpin-pemimpin tersebut telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang di Dewan Rakyat.

“Bagi pihak ahli Dewan Rakyat saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang yang dipertua (Datuk Johari Abdul) atas pengurniaan darjah kebesaran PSM

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk gelaran Tan Sri diberikan kepada beberap mantan ahli parlimen. Yang pertama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, kedua, saudara Lim Kit Siang, kelima, Wan Junaidi dan keempat, Anifah Aman.

“Mereka termasuk mantan ahli parlimen yang telah berkhidmat dengan cemerlang di Dewan Rakyat,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, seramai 839 individu telah menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button