BERITA SEMASAPMX

Isu gaji graduan, jawatankuasa khas bermesyuarat minggu depan – PM Anwar

BUKIT MERTAJAM – Isu gaji graduan yang dianggap merosot ke paras gaji minimum akan dibincangkan pada minggu depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut akan dibincangkan secara bersama dengan penyelarasan gaji skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam dalam satu mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau.

“Semua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen.

“Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.

“Secara tradisinya, jawatankuasa ini sepatutnya bermesyuarat 10 tahun sekali, tapi sekarang dah 12 tahun jawatankuasa ini tidak bermesyuarat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya pandangan beliau berkenaan gaji graduan yang kini dianggap merosot ke paras gaji minimum.

Perdana Menteri berkata demikian selepas memberi ucapan perasmian di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button