Dewan Rakyat kecoh isu 20 tan sampah selepas himpunan dibangkitkan
KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh seketika apabila isu 20 tan sampah yang ditinggalkan peserta himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu, dibangkitkan ahli parlimen pembangkang.
Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mempertikaikan angka seperti yang dinyatakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam satu majlis semalam.
Beliau turut menuduh Kor Ming sebagai “menipu” dan membangkitkan persoalan mengenai angka 20 tan sampah yang dikatakan dikutip SW Corp selepas himpunan berkenaan yang didakwa tidak sepadan dengan angka 18,000 peserta yang hadir seperti dinyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kor Ming ketika menjawab soalan dibangkitkan Awang, menjelaskan jumlah sampah hampir 20 tan yang disebut itu bukan datang daripada beliau, sebaliknya berdasarkan laporan SWCorp.
“Ia berdasarkan laporan SWCorp yang saya terima di lapangan sehingga ratusan petugas dikerah kutip sampah selepas himpunan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








