20 tan sampah dibersihkan selepas himpunan di ibu negara semalam
IPOH – Sebanyak 20 tan sampah dibersihkan selepas penganjuran Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar ibu negara, semalam.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, kerja-kerja pembersihan itu dilakukan Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) sehingga pukul 3.30 pagi tadi, lapor Kosmo.
“Saya menerima laporan terkini daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia) dan Alam Flora di mana sebanyak 20 tan atau 20,000 kilogram sampah dibuang di merata tempat selepas mereka meninggalkan lokasi.
“Oleh kerana itu, saya terpaksa mengerahkan seluruh pasukan Alam Flora dan SWCorp untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Taman Rekreasi Madani (TRM) Canning Garden, di sini hari ini.
Katanya, kawasan itu mesti dibersihkan segera susulan kawasan yang terlibat juga merupakan lokasi tumpuan pelancong.
Mengulas lanjut Kor Ming berkata, pihaknya kesal dengan sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan itu yang membuang sampah merata-rata sehingga mencemarkan kebersihan ibu negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








