DBKL gempur jurugambar di KLCC, 14 dikompaun
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan kompaun terhadap 14 individu kerana menjalankan perkhidmatan fotografi tanpa lesen di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam operasi malam tadi.
Menurut DBKL dalam satu kenyataan, kompaun itu dikeluarkan di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2026 terhadap jurugambar tanpa permit yang sah.
Katanya, operasi itu dibuat di bawah Tindakan Khas Penguatkuasaan Fotografi di sekitar kawasan tumpuan pelancong, khususnya di Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee.
“Selain itu, enam tindakan sitaan turut dilaksanakan ke atas peralatan yang digunakan oleh jurugambar bukan warganegara yang menjalankan aktiviti fotografi tanpa kebenaran.

“DBKL akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan di kawasan tumpuan awam bagi memastikan peraturan bandar dipatuhi serta kesejahteraan dan keselamatan warga kota sentiasa terpelihara,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








